Selasa, 13 Januari 2015

KEPEMIMPINAN PENGAJARAN



ASPEK KEPEMIMPINAN PENGAJARAN PENGETUA / GURU BESAR


Fungsi I:  Menetapkan matlamat atau target akademik sekolah

1   Menyediakan satu set matlamat keseluruhan sekolah
2   Menyediakan tanggungjawab guru supaya matlamat sekolah yang dibentuk tercapai
3   Menggunakan taksiran keperluan dalam membina matlamat sekolah
4   Menggunakan keputusan peperiksaan apabila membina matlamat akademik sekolah
5   Membina matlamat yang mudah diterjemahkan oleh guru dalam bilik darjah
6   Menetapkan matlamat sekolah berpandukan potensi murid


Fungsi II :  Menghebahkan matlamat atau target akademik sekolah

7   Menjelaskan matlamat sekolah kepada semua warga sekolah
8   Membincangkan matlamat akademik sekolah dengan guru-guru dalam mesyuarat guru
9   Sebelum membuat keputusan bersama guru-guru mengenai kurikulum, beliau terlebih
        dahulu merujuk kepada matlamat akademik sekolah
10 Memastikan matlamat akademik sekolah tersebar di seluruh sekolah dengan jelas
        (cth banner, poster, papan kenyataan)
11 Matlamat sekolah disampaikan kepada murid (cth dalam perhimpunan atau
        mana-mana perjumpaan)
12 Menjelaskan matlamat sekolah kepada ibu bapa (dalam mesyuarat agong PIBG, majlis
        bersama ibu bapa dan sebagainya)


Fungsi III :  Menyelia dan menilai pengajaran

13 Melakukan rondaan untuk memastikan proses pengajaran & pembelajaran berjalan lancar
14 Memastikan guru-guru menyediakan rekod rancangan pengajaran
15 Memastikan guru-guru di bilik darjah melaksanakan perkara-perkara yang selari dengan
        matlamat sekolah
16 Mengambil kira hasil kerja murid apabila membuat penilaian ke atas pengajaran guru
17 Menjalankan pencerapan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah secara tekal
18 Memberi maklum balas tentang kekuatan guru selepas berlangsungnya penyeliaan
        pengajaran (dalam perbincangan atau laporan bertulis)
19 Memberi maklum balas tentang kelemahan guru selepas berlangsungnya penyeliaan pengajaran
20 Menggalakkan guru-guru menggunakan pendekatan pengajaran yang berbeza terhadap
        kumpulan murid yang berlainan potensi


Fungsi IV: Menyelaras kurikulum

21 Menjelaskan siapakah yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan program kurikulum
        pada setiap peringkat (contoh:  pengetua, GPK, ketua bidang atau ketua panitia)
22 Mengambil kira keputusan peperiksaan dalaman semasa membuat sesuatu keputusan
        yang berkaitan dengan program kurikulum

23 Memantau kurikulum di bilik darjah bagi memastikan ia mencakupi objektif-objektif
        kurikulum sekolah


24 Memantau dan membanding pencapaian ujian atau peperiksaan murid untuk mengukur
        tahap pencapaian objektif kurikulum sekolah
25 Terlibat secara aktif dalam kajian semula bahan-bahan kurikulum
26 Mewujudkan jawatankuasa khas untuk mengendalikan projek kecemerlangan akademik


Fungsi V: Memantau kemajuan akademik murid

27 Membuat pemantauan terhadap hasil kerja atau latihan murid
28 Berjumpa dengan guru-guru secara peribadi bagi membincangkan perkembangan akademik murid
29 Berbincang dengan guru-guru bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kurikulum
30 Menggunakan keputusan ujian/peperiksaan bagi menilai kemajuan pencapaian matlamat sekolah
31 Memaklumkan kepada guru-guru secara bertulis keputusan prestasi akademik sekolah
32 Memaklumkan kepada murid-murid tentang keputusan peperiksaan sekolah dan
        pencapaian semasa
33 Memaklumkan kepada ibu bapa pencapaian atau keputusan peperiksaan murid

Fungsi VI: Mengintegrasi penggunaan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran

34 Menggunakan ICT (contohnya LCD dan powerpoint) dalam penyampaian kepada guru atau murid
35 Menyediakan prasarana ICT untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah
36 Menggalakkan guru-guru menggunakan ICT dalam pengajaran
37 Menggalakan guru-guru membuat inovasi pengajaran berasaskan ICT
38 Menggalakan murid-murid menggunakan komputer atau internet untuk pembelajaran
39 Menggunakan program komputer untuk analisis data pencapaian murid


Fungsi VII: Mengawasi masa pengajaran

40 Menyediakan guru ganti/relief untuk guru yang tidak hadir ke sekolah
41 Mengurangkan gangguan masa pengajaran yang disebabkan oleh pengumuman pembesar suara
42 Memastikan pelajar tidak dipanggil ke pejabat atau bilik guru semasa pengajaran berlangsung
43 Memastikan pelajar yang kerap ponteng kelas diambil tindakan setimpal
44 Menyediakan buku kawalan kelas untuk dicatat oleh guru mata pelajaran
45 Menggalakkan guru-guru mengajar menggunakan kemahiran dan konsep-konsep baru
46 Mengurangkan gangguan masa pengajaran yang disebabkan oleh aktiviti lain dan
        aktiviti kokurikulum


Fungsi VIII: Memastikan sentiasa kelihatan di sekolah

47 Meluangkan masa berbual-bual dengan guru-guru dan pelajar apabila kelapangan
48 Melawat ke kelas-kelas bagi berbincang isu-isu sekolah dengan guru dan pelajar
49 Hadir atau mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum sekolah
50 Mengawasi kelas sehingga guru sebenar atau guru ganti tiba
51 Memberi bimbingan kepada pelajar di bilik darjah
52 Memberi motivasi/dorongan/galakan kepada pelajar untuk mencapai kejayaan

Fungsi IX:  Memberi insentif kepada guru

53 Menyebut atau memuji sumbangan guru terhadap kecemerlangan di hadapan murid
        dalam perhimpunan
54 Memberi peneguhan ke atas prestasi cemerlang guru-guru dalam mesyuarat guru atau surat/sijil
55 Memberi pujian kepada guru-guru secara peribadi atas usaha atau prestasi mereka
56 Mengiktiraf prestasi cemerlang guru-guru melalui memo dan disimpan dalam fail peribadi
57 Menghargai khidmat cemerlang guru-guru dengan memberi peluang ke arah
        pengiktirafan profesional
58 Menyediakan peluang-peluang kemajuan profesion untuk guru-guru sebagai hadiah
        kerana sumbangan istimewa mereka kepada sekolah


Fungsi X: Menggalakkan perkembangan profesional

59 Memastikan latihan/kursus yang dihadiri oleh guru adalah selari dengan matlamat akademik sekolah
60 Menggalakan guru mengaplikasi kemahiran yang diperolehi daripada latihan/kursus
        ke dalam pengajaran di bilik darjah
61 Melibatkan semua guru dalam latihan/kursus yang penting
62 Mengadakan latihan dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan pengajaran
63 Mengadakan inhouse training supaya guru yang pergi berkursus dapat berkongsi
        pengetahuan dengan guru lain
64 Memperuntukkan masa dalam mesyuarat guru bagi guru-guru berkongsi idea atau maklumat
        yang diperolehi daripada latihan/kursus

Fungsi XI: Memberi insentif kepada murid

65 Mengiktiraf secara rasmi murid yang cemerlang dalam bidang akademik seperti
        menganugerahkan sijil atau surat penghargaan
66 Memuji/menyebut pencapaian akademik murid dalam perhimpunan
67 Mengiktiraf pencapaian cemerlang atau peningkatan murid dengan cara berjumpa
        pelajar berkenaan di pejabat
68 Memaklumkan kemajuan atau prestasi cemerlang murid kepada ibu bapa
69 Menggalakkan guru-guru memberi penghargaan kepada murid atas sumbangan dan
        pencapaian mereka di dalam kelas
70 Memberi hadiah kepada murid yang mencapai kecemerlangan
71 Menghebahkan tentang murid yang mencapai kecemerlangan melalui kain rentang, poster
        atau sebagainya

Fungsi XII : Melibatkan sokongan komuniti untuk pembelajaran murid

72 Bekerjasama dengan pegawai PPD/JPN untuk menjayakan program akademik sekolah
73 Mendapatkan kerjasama PIBG (contoh kewangan, kepakaran atau tenaga) untuk
        meningkatkan pencapaian murid
74 Mendapatkan kerjasama bekas pelajar lama (contoh kewangan, kepakaran atau tenaga)
        untuk membantu program kecemerlangan
75 Melibatkan guru-guru sekolah lain yang mempunyai kepakaran untuk membantu murid
        (contoh ceramah, seminar atau bengkel teknik menjawab soalan)
76 Bekerjasama dengan agensi-agensi luar (contoh IPTA, IPTS, NGO, Bank dan sebagainya)
        untuk membantu kecemerlangan murid




Tiada ulasan:

Catat Ulasan