DOA MESYUARAT BAIAH
20/1/2015
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami pada hari ini dan bukakanlah pintu-pinti rezeki dan segala pintu kebaikan buat kami semua.
Ya Allah kami memohon kepada Mu teguhkanlah hati kami dalam semua urusan kami.
Ya Allah bersihkanlah hati kami dengan kasih sayang dan berilah kami sifat bersyukur dalam kami menjalani kehidupan hari ini.
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا،
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن َ0
Isnin, 19 Januari 2015
Ahad, 18 Januari 2015
Selasa, 13 Januari 2015
Teks Ucapan
TEKS UCAPAN
Alhamdulillah, marilah
kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T.
kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya 2. Pada
kesempatan ini juga, saya bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti tuan-tuan dan
puan-puan, yang telah dan akan bersara wajib pada kali ini. Sesungguhnya
perkhidmatan yang tuan-tuan dan puan-puan berikan itu akan sentiasa terpahat di
dalam ingatan, semoga Allah SWT jua membalas segala jasa pengorbanan tuan-tuan
dan puan-puan. Saya doakan semoga tuan-tuan dan puan-puan akan sentiasa diberi
kesihatan yang baik dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
3. Untuk kesempatan ini
juga, ingin saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada pegawai
baru di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Pegawai – pegawai yang telah
diperkenalkan sebentar tadi, kehadiran tuan-tuan dan puan-puan diharap dapat bersama-sama
menyumbang kepada kecemerlangan dan kegemilangan Jabatan Pendidikan Negeri
Kedah. Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat menyesuaikan diri secepat mungkin
dengan budaya kerja di jabatan ini. Begitu juga bagi pegawai-pegawai yang telah
bertukar keluar dari jabatan ini dan menjawat jawatan lain atau mungkin telah
dinaikkan pangkat sebagai Pengetua atau Guru Besar mahupun Ketua Pembantu Tadbir
atau apa jua jawatan yang dipegang, sesungguhnya tuan-tuan dan puan-puan adalah
pembawa amanah jabatan ini. Bekerjalah dengan penuh wibawa dan dedikasi
sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan bekerja semasa di jabatan ini. Sesungguhnya
tuan-tuan dan puan-puan akan menempuh budaya baru di organisasi berkenaan dan
tentunya tuan-tuan dan puan-puan akan mendapat pengalaman yang baru serta boleh
mencurahkan idea dengan lebih baik.4. Kepada penerima
anugerah pada hari ini, tahniah saya ucapkan di atas kejayaan yang telah
dicapai di dalam setiap aktiviti atau program yang telah disertai. Semoga
kejayaan dan kecemerlangan itu dapat diteruskan pada masa-masa hadapan bagi
menjulang nama sekolah, daerah dan negeri sama ada di peringkat kebangsaan mahupun
antarabangsa. Sesungguhnya apa yang diusahakan oleh tuan-tuan dan puan-puan adalah
amat dihargai oleh pihak jabatan ini. Tambahan pula kita telah berjaya
mengharungi cabaran tahun pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
di mana negeri Kedah telah menjadi rintis dan mampu menunjukkan kejayaan.
Tuan-tuan dan
puan-puan,
5. Tahun ini merupakan tahun kedua PPPM yang
mana kita berada di dalam gelombang pertamanya dan akan berakhir pada tahun 2015.
Pada tahun 2013 kita bersama-sama negeri Sabah telah dipilih sebagai negeri
rintis bagi salah satu inisiatif PPPM iaitu Program Transformasi Daerah (DTP).
Akhirnya kita telah berjaya menunjukkan hasil yang baik dengan peningkatan yang
kita tunjukkan dalam keputusan peperiksaan awam yang telah diumumkan pada tahun
lepas. Kita juga mengharapkan berlakunya peningkatan pada tahun ini. Oleh itu, saya
sangat-sangat berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat menggunakan sepenuhnya
peluang yang kita ada untuk menunjukkan peningkatan yang lebih baik pada tahun
ini dan ucapan terima kasih atas usaha gigih tuan-tuan dalam usaha menjayakan aspirasi
kita iaitu berada di kelompok lima (5) teratas bagi semua negeri di Malaysia.6. Dalam mencapai aspirasi, perancangan dan
pelan tindakan kita perlu diselarikan dengan perancangan dan strategi
kementerian. Terdapat 100 inisiatif yang telah dibentuk, dirancang dan perlu
diberikan perhatian di dalam PPPM. Pada tahun ini KPM telah menetapkan 14 Inisiatif
utama yang perlu dicapai oleh Kementerian dan merupakan KPI kepada Menteri
Pendidikan. Sekadar menyatakan 14 inisiatif tersebut adalah seperti berikut
untuk pengetahuan kita bersama:1. Inisiatif ke 2: Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap
ringgit yang dibelanjakan (Penjimatan kos dan mecapai KPI menepati keberhasilan
dan bajet oleh semua inisiatif),2.
Inisiati ke 10:
Piagam Guru (Instrumen untuk penilaian yang berteraskan kompetensi dan
prestasi yang jelas dalam meningkatkan prestasi dan kualiti PPP,
3. Inisiatif ke 20: KBAT (Elemen-elemen KBAT diterapkan di dalam
semua aspek PdP, pentaksiran, pelibatan ibu bapa, komuniti dan kokurikulum
supaya menyokong aspirasi mencapai 1/3 kedudukan teratas dalam TIMSS dan PISA menjelang 2025),
4. Inisiatif ke 21: Peningkatan kemahiran guru dan murid dalam TIMSS
dan PISA (Mencapai skor 500 dalam TIMSS menjelang 2015 dan kedudukan 1/3
teratas dalam TIMSS dan PISA menjelang 2025),5. Inisiatif ke 24: LINUS (100%
murid menguasai kemahiran asas literasi (BM & BI) dan numerasi selepas
mengikuti 3 tahun pendidikan rendah (Tahap I) di sekolah
rendah kecuali murid berkeperluan khas.),6. Inisiatif ke 37: Standard garis asas infrastruktur (Kesemua ~10,000
sekolah mempunyai infrastruktur asas yang berada dalam keadaan baik menjelang
2015.),7. Inisiatif ke 54: Program Transformasi Daerah (DTP) (PPD memainkan
peranan secara cekap dan berkesan dalam peningkatan kualiti pendidikan setiap
sekolah dalam daerah masing-masing.),8. Inisiatif ke 59: Enrolmen prasekolah (Meluaskan peluang Pendidikan
Awal Kanak-kanak yang berkualiti melalui program Prasekolah dan Pendidikan Awal
Kanak-Kanak (TASKA)),9. Inisiatif ke 62: Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (Ibu bapa,
ahli komuniti yang terdiri dari agensi awam dan NGO terlibat secara aktif,
berstruktur dan meluas dalam melaksanakan agenda
pendidikan dalam PPPM 2013 – 2025),10. Inisiatif ke 70: Pengukuhan fungsi teras organisasi dan
pensrtukturan semula KPM (Kementerian menjalankan fungsi dengan
cekap dan berkesan ke arah penyediaan pendidikan berkualiti),11. Inisiatif ke 74: Transformasi Pendidikan Vokasional (Pendidikan
vokasional sebagai laluan yang menarik, yang cukup bersedia untuk memenuhi
permintaan industri, terutamanya menerusi kolaboratif strategik yang kukuh
bersama rakan industri yang strategik),12. Inisiatif ke 79: 1BestariNet (Menyediakan
infrastruktur ICT dan platform pembelajaran maya sebagai usaha untuk
meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran.),13. Inisiatif ke 84: Program peningkatan profisiensi Guru Bahasa
Inggeris (Guru Bahasa Inggeris yang mengikuti
program Pro-ELT akan meningkat satu band dalam CEFR dan akhirnya meningkatkan
keberhasilan murid.), dan14. Inisiatif ke 87: Piagam Pemimpin Sekolah (Pemimpin
sekolah berprestasi tinggi yang dapat meningkatkan prestasi
sekolah, kualiti guru dan pencapaian murid).Daripada
kesemua 14 Inisiatif yang telah saya sebutkan, 8 Inisiatif perlu dilaksanakan
oleh JPN dan 6 (enam) lagi diperingkat Kementerian. 8 (lapan) Inisiatif
tersebut adalah:1.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) (Peneraju: SPA),
2.
Peningkatan Kemahiran guru dan murid dalam TIMSS dan PISA
(Peneraju: SPA),
3.
LINUS (Peneraju: SPA),
4.
Standard Garis Asas Infrastruktur (Peneraju: SK2P)
5.
Program Transformasi Daerah (DTP) (Peneraju: Timbalan Pengarah)
6.
Enrolmen Prasekolah (Peneraju: SPS)
7.
Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (Peneraju: SPS)
8.
Program Peningkatan Profisiensi Guru Bahasa Inggeris (Peneraju:
SPA)
7. Kesemua 8 (lapan) inisiatif ini perlu disambut secara
langsung oleh setiap sektor dan sekolah bagi memastikan KPInya berjaya dicapai.
Harus kita ingat KPI menteri merupakan KPI kita juga kerana sekolah-sekolah,
PPD dan Jabatan merupakan agensi pelaksana yang fungsinya adalah menyambut dan
melaksanakan dasar yang telah ditetapkan oleh kementerian. Oleh itu KPI Menteri
Pendidikan hanya akan tercapai apabila pelaksananya menjalankan apa yang telah
dirancang. Sebagai agensi pelaksana, seharusnya kita memainkan peranan secara
bersungguh-sungguh memastikan kelapan-lapan inisiatif tersebut berjaya mencapai
KPInya.Tuan-tuan dan puan-puan,8. Sesi persekolahan 2014 baru
sahaja berakhir. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua warga jabatan ini dari Ketua Sektor, KPP,
pegawai-pegawai dan staf serta kepada semua pengetua dan guru besar serta
guru-guru kerana menyokong dan membantu saya dalam melaksanakan tugas-tugas
yang telah diamanahkan.
9. Isu lain yang perlu kita
berikan perhatian juga adalah berkaitan dengan kewangan di mana pengurusan
kewangan yang baik adalah amat diperlukan pada keadaan di mana Kedah menjadi
tumpuan kerana menjadi negeri rintis Program Transformasi Daerah. Saya ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
yang telah berjaya menguruskan kewangan jabatan dengan baik.
10. Dalam isu kewangan juga saya
meminta semua pihak pengurusan sama ada di Jabatan mahupun di sekolah melihat
dan menguruskan dengan teliti tentang peruntukan kewangan yang diterima. Peruntukan
yang kita terima harus kita belanjakan dengan cermat dan memenuhi syarat yang
telah ditetapkan sebagaimana kehendak kerajaan. Pastikan setiap perbelanjaan
yang di buat adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan
seboleh-bolehnya kita gunakan peruntukan tersebut sebaik mungkin. PCG misalnya
perlu dibelanjakan untuk pekembangan prestasi murid semasa. Tuan-tuan dan
puan-puan perlu merancang penggunaan PCG ini daripada sekarang dan belanjakan wang
tersebut untuk peningkatan prestasi. Untuk itu perlu dipastikan wang PCG ini
dihabiskan sebaik sahaja berakhir tahun tersebut. Berbelanjalah dengan bijak
untuk masa depan anak-anak kita.Tuan-tuan dan puan-puan,11. Marilah kita sama-sama bertekad, berazam
dan bekerjasama untuk terus melangkah kehadapan dengan penuh yakin serta
sentiasa bersedia bagi menyahut cabaran untuk meningkatkan imej jabatan yang
kita sayangi ini melalui kejayaan kita dalam setiap lapangan dan arena yang
kita ceburi. Telah lama kita memendam rasa untuk ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan rakan-rakan kita
di negeri lain, maka buktikanlah bahawa tiada kurangnya kita dalam arena
pendidikan ini. Mudah-mudahan, bulan-bulan mendatang dan tahun seterusnya
menjanjikan pelbagai lagi kejayaan dan kecemerlangan buat kita semua.12. Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi
saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Sektor Khidmat Pengurusan dan
Pembangunan atas peranan sebagai urus setia perhimpunan bulanan kita pada kali
ini. Semoga pengorbanan kita pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang akan
menjadi amalan terbaik buat kita semua.
Sekian, saya sudahi dengan lafaz yang mulia, Wabillahi Taufiq
Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
KEPEMIMPINAN PENGAJARAN
ASPEK KEPEMIMPINAN PENGAJARAN PENGETUA / GURU BESAR
Fungsi I: Menetapkan matlamat atau target akademik sekolah
1 Menyediakan satu set matlamat keseluruhan
sekolah
2 Menyediakan tanggungjawab guru supaya
matlamat sekolah yang dibentuk tercapai
3 Menggunakan taksiran keperluan dalam membina
matlamat sekolah
4 Menggunakan keputusan peperiksaan apabila
membina matlamat akademik sekolah
5 Membina
matlamat yang mudah diterjemahkan oleh guru dalam bilik darjah
6 Menetapkan
matlamat sekolah berpandukan potensi murid
Fungsi II : Menghebahkan matlamat atau target akademik sekolah
7 Menjelaskan matlamat sekolah kepada semua
warga sekolah
8 Membincangkan
matlamat akademik sekolah dengan guru-guru dalam mesyuarat guru
9 Sebelum membuat keputusan bersama guru-guru
mengenai kurikulum, beliau terlebih
dahulu merujuk kepada matlamat akademik
sekolah
10
Memastikan matlamat
akademik sekolah tersebar di seluruh sekolah dengan jelas
(cth banner, poster, papan kenyataan)
11
Matlamat sekolah
disampaikan kepada murid (cth dalam perhimpunan atau
mana-mana perjumpaan)
12
Menjelaskan matlamat
sekolah kepada ibu bapa (dalam mesyuarat agong PIBG, majlis
bersama ibu bapa dan sebagainya)
Fungsi III : Menyelia dan menilai pengajaran
13
Melakukan rondaan
untuk memastikan proses pengajaran & pembelajaran berjalan lancar
14
Memastikan guru-guru
menyediakan rekod rancangan pengajaran
15
Memastikan guru-guru
di bilik darjah melaksanakan perkara-perkara yang selari dengan
matlamat sekolah
16
Mengambil kira hasil
kerja murid apabila membuat penilaian ke atas pengajaran guru
17
Menjalankan
pencerapan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah secara tekal
18
Memberi maklum balas
tentang kekuatan guru selepas berlangsungnya penyeliaan
pengajaran (dalam perbincangan atau laporan bertulis)
19
Memberi maklum balas
tentang kelemahan guru selepas berlangsungnya penyeliaan pengajaran
20
Menggalakkan
guru-guru menggunakan pendekatan pengajaran yang berbeza terhadap
kumpulan murid yang berlainan potensi
Fungsi IV: Menyelaras kurikulum
21
Menjelaskan siapakah
yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan program kurikulum
pada setiap peringkat (contoh: pengetua,
GPK, ketua bidang atau ketua panitia)
22
Mengambil kira
keputusan peperiksaan dalaman semasa membuat sesuatu keputusan
yang berkaitan dengan program kurikulum
23
Memantau kurikulum di
bilik darjah bagi memastikan ia mencakupi objektif-objektif
kurikulum sekolah
24
Memantau dan
membanding pencapaian ujian atau peperiksaan murid untuk mengukur
tahap
pencapaian objektif kurikulum sekolah
25
Terlibat secara aktif
dalam kajian semula bahan-bahan kurikulum
26
Mewujudkan
jawatankuasa khas untuk mengendalikan projek kecemerlangan akademik
Fungsi V: Memantau kemajuan
akademik murid
27
Membuat pemantauan
terhadap hasil kerja atau latihan murid
28
Berjumpa dengan
guru-guru secara peribadi bagi membincangkan perkembangan akademik murid
29
Berbincang dengan
guru-guru bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kurikulum
30
Menggunakan keputusan
ujian/peperiksaan bagi menilai kemajuan pencapaian matlamat sekolah
31
Memaklumkan kepada
guru-guru secara bertulis keputusan prestasi akademik sekolah
32
Memaklumkan kepada
murid-murid tentang keputusan peperiksaan sekolah dan
pencapaian semasa
33
Memaklumkan kepada
ibu bapa pencapaian atau keputusan peperiksaan murid
Fungsi VI: Mengintegrasi
penggunaan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran
34
Menggunakan ICT
(contohnya LCD dan powerpoint) dalam penyampaian kepada guru atau murid
35
Menyediakan prasarana
ICT untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah
36
Menggalakkan
guru-guru menggunakan ICT dalam pengajaran
37
Menggalakan guru-guru
membuat inovasi pengajaran berasaskan ICT
38
Menggalakan
murid-murid menggunakan komputer atau internet untuk pembelajaran
39
Menggunakan program
komputer untuk analisis data pencapaian murid
Fungsi VII: Mengawasi
masa pengajaran
40
Menyediakan guru
ganti/relief untuk guru yang tidak hadir ke sekolah
41
Mengurangkan gangguan
masa pengajaran yang disebabkan oleh pengumuman pembesar suara
42
Memastikan pelajar
tidak dipanggil ke pejabat atau bilik guru semasa pengajaran berlangsung
43
Memastikan pelajar
yang kerap ponteng kelas diambil tindakan setimpal
44
Menyediakan buku
kawalan kelas untuk dicatat oleh guru mata pelajaran
45
Menggalakkan
guru-guru mengajar menggunakan kemahiran dan konsep-konsep baru
46
Mengurangkan gangguan
masa pengajaran yang disebabkan oleh aktiviti lain dan
aktiviti kokurikulum
Fungsi VIII: Memastikan sentiasa kelihatan
di sekolah
47
Meluangkan masa
berbual-bual dengan guru-guru dan pelajar apabila kelapangan
48
Melawat ke
kelas-kelas bagi berbincang isu-isu sekolah dengan guru dan pelajar
49
Hadir atau mengambil
bahagian dalam aktiviti kokurikulum sekolah
50
Mengawasi kelas
sehingga guru sebenar atau guru ganti tiba
51
Memberi bimbingan
kepada pelajar di bilik darjah
52
Memberi
motivasi/dorongan/galakan kepada pelajar untuk mencapai kejayaan
Fungsi IX: Memberi insentif kepada guru
53
Menyebut atau memuji
sumbangan guru terhadap kecemerlangan di hadapan murid
dalam perhimpunan
54
Memberi peneguhan ke
atas prestasi cemerlang guru-guru dalam mesyuarat guru atau surat/sijil
55
Memberi pujian kepada
guru-guru secara peribadi atas usaha atau prestasi mereka
56
Mengiktiraf prestasi
cemerlang guru-guru melalui memo dan disimpan dalam fail peribadi
57
Menghargai khidmat
cemerlang guru-guru dengan memberi peluang ke arah
pengiktirafan profesional
58
Menyediakan
peluang-peluang kemajuan profesion untuk guru-guru sebagai hadiah
kerana sumbangan istimewa mereka kepada
sekolah
Fungsi X: Menggalakkan perkembangan
profesional
59
Memastikan
latihan/kursus yang dihadiri oleh guru adalah selari dengan matlamat akademik
sekolah
60
Menggalakan guru
mengaplikasi kemahiran yang diperolehi daripada latihan/kursus
ke dalam pengajaran di bilik darjah
61
Melibatkan semua guru
dalam latihan/kursus yang penting
62
Mengadakan latihan
dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan pengajaran
63
Mengadakan inhouse training supaya guru yang pergi berkursus dapat
berkongsi
pengetahuan dengan guru lain
64
Memperuntukkan masa
dalam mesyuarat guru bagi guru-guru berkongsi idea atau maklumat
yang diperolehi daripada latihan/kursus
Fungsi XI: Memberi insentif
kepada murid
65
Mengiktiraf secara
rasmi murid yang cemerlang dalam bidang akademik seperti
menganugerahkan sijil atau surat penghargaan
66
Memuji/menyebut
pencapaian akademik murid dalam perhimpunan
67
Mengiktiraf
pencapaian cemerlang atau peningkatan murid dengan cara berjumpa
pelajar berkenaan di pejabat
68
Memaklumkan kemajuan
atau prestasi cemerlang murid kepada ibu bapa
69
Menggalakkan
guru-guru memberi penghargaan kepada murid atas sumbangan dan
pencapaian mereka di dalam kelas
70
Memberi hadiah kepada
murid yang mencapai kecemerlangan
71
Menghebahkan tentang
murid yang mencapai kecemerlangan melalui kain rentang, poster
atau sebagainya
Fungsi XII : Melibatkan sokongan komuniti
untuk pembelajaran murid
72
Bekerjasama dengan pegawai
PPD/JPN untuk menjayakan program akademik sekolah
73
Mendapatkan kerjasama
PIBG (contoh kewangan, kepakaran atau tenaga) untuk
meningkatkan pencapaian murid
74
Mendapatkan kerjasama
bekas pelajar lama (contoh kewangan, kepakaran atau tenaga)
untuk membantu program kecemerlangan
75
Melibatkan guru-guru
sekolah lain yang mempunyai kepakaran untuk membantu murid
(contoh ceramah, seminar atau bengkel teknik
menjawab soalan)
76
Bekerjasama dengan
agensi-agensi luar (contoh IPTA, IPTS, NGO, Bank dan sebagainya)
untuk membantu kecemerlangan murid
Jom Santai
Program Lawatan Sepanjang Tahun 2015
Januari : Arant, Thailand
Mei : Padang , Sumatera Utara
Disember : Beijing, China
Januari : Arant, Thailand
Mei : Padang , Sumatera Utara
Disember : Beijing, China
Langgan:
Ulasan (Atom)
