Rabu, 18 November 2015

TAWARAN ISTIMEWA DISEMBER
SP HOMESTAY
HANYA DARI RM100 < RM150
hubungi 0194443477

Selasa, 17 Februari 2015

SPEEDTRAP

Speedtrap hr raya cina
#disebalik halangan kemalangan di sbelah kiri sblum tol duta (80km/j)
#di bawah restoran jejantas sg buluh
#di bwh jmbatan di km 372.6 di s/river
#di bwh jmbatan di km 352.6 di sungkai
#di bwh jmbatan di km 296 di gopeng
#di bwh jmbatan di km 286.9 di simpang pulai
#di bwh jmbatan di km 274.4 di ipoh selatan
#di bwh jmbatan di km 271 di ipoh utara

Isnin, 19 Januari 2015

DOA

DOA MESYUARAT BAIAH
20/1/2015


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami pada hari ini dan bukakanlah pintu-pinti rezeki dan segala pintu kebaikan buat kami semua.

Ya Allah kami memohon kepada Mu teguhkanlah hati kami dalam semua urusan kami.

Ya Allah bersihkanlah hati kami dengan kasih sayang dan berilah kami sifat bersyukur dalam kami menjalani kehidupan hari ini.

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا،

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.                                                    
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ0

Selasa, 13 Januari 2015

Teks Ucapan

TEKS UCAPAN

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya 2.       Pada kesempatan ini juga, saya bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti tuan-tuan dan puan-puan, yang telah dan akan bersara wajib pada kali ini. Sesungguhnya perkhidmatan yang tuan-tuan dan puan-puan berikan itu akan sentiasa terpahat di dalam ingatan, semoga Allah SWT jua membalas segala jasa pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan. Saya doakan semoga tuan-tuan dan puan-puan akan sentiasa diberi kesihatan yang baik dan berbahagia bersama keluarga tercinta.              
3.       Untuk kesempatan ini juga, ingin saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada pegawai baru di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Pegawai – pegawai yang telah diperkenalkan sebentar tadi, kehadiran tuan-tuan dan puan-puan diharap dapat bersama-sama menyumbang kepada kecemerlangan dan kegemilangan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat menyesuaikan diri secepat mungkin dengan budaya kerja di jabatan ini. Begitu juga bagi pegawai-pegawai yang telah bertukar keluar dari jabatan ini dan menjawat jawatan lain atau mungkin telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua atau Guru Besar mahupun Ketua Pembantu Tadbir atau apa jua jawatan yang dipegang, sesungguhnya tuan-tuan dan puan-puan adalah pembawa amanah jabatan ini. Bekerjalah dengan penuh wibawa dan dedikasi sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan bekerja semasa di jabatan ini. Sesungguhnya tuan-tuan dan puan-puan akan menempuh budaya baru di organisasi berkenaan dan tentunya tuan-tuan dan puan-puan akan mendapat pengalaman yang baru serta boleh mencurahkan idea dengan lebih baik.4.       Kepada penerima anugerah pada hari ini, tahniah saya ucapkan di atas kejayaan yang telah dicapai di dalam setiap aktiviti atau program yang telah disertai. Semoga kejayaan dan kecemerlangan itu dapat diteruskan pada masa-masa hadapan bagi menjulang nama sekolah, daerah dan negeri sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sesungguhnya apa yang diusahakan oleh tuan-tuan dan puan-puan adalah amat dihargai oleh pihak jabatan ini. Tambahan pula kita telah berjaya mengharungi cabaran tahun pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di mana negeri Kedah telah menjadi rintis dan mampu menunjukkan kejayaan.

Tuan-tuan dan puan-puan,
5.       Tahun ini merupakan tahun kedua PPPM yang mana kita berada di dalam gelombang pertamanya dan akan berakhir pada tahun 2015. Pada tahun 2013 kita bersama-sama negeri Sabah telah dipilih sebagai negeri rintis bagi salah satu inisiatif PPPM iaitu Program Transformasi Daerah (DTP). Akhirnya kita telah berjaya menunjukkan hasil yang baik dengan peningkatan yang kita tunjukkan dalam keputusan peperiksaan awam yang telah diumumkan pada tahun lepas. Kita juga mengharapkan berlakunya peningkatan pada tahun ini. Oleh itu, saya sangat-sangat berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat menggunakan sepenuhnya peluang yang kita ada untuk menunjukkan peningkatan yang lebih baik pada tahun ini dan ucapan terima kasih atas usaha gigih tuan-tuan dalam usaha menjayakan aspirasi kita iaitu berada di kelompok lima (5) teratas bagi semua negeri di Malaysia.6.       Dalam mencapai aspirasi, perancangan dan pelan tindakan kita perlu diselarikan dengan perancangan dan strategi kementerian. Terdapat 100 inisiatif yang telah dibentuk, dirancang dan perlu diberikan perhatian di dalam PPPM. Pada tahun ini KPM telah menetapkan 14 Inisiatif utama yang perlu dicapai oleh Kementerian dan merupakan KPI kepada Menteri Pendidikan. Sekadar menyatakan 14 inisiatif tersebut adalah seperti berikut untuk pengetahuan kita bersama:1.    Inisiatif ke 2: Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang dibelanjakan (Penjimatan kos dan mecapai KPI menepati keberhasilan dan bajet oleh semua inisiatif),2.    Inisiati ke 10: Piagam Guru (Instrumen untuk penilaian yang berteraskan kompetensi dan prestasi yang jelas dalam meningkatkan prestasi dan kualiti PPP,
3.    Inisiatif ke 20: KBAT (Elemen-elemen KBAT diterapkan di dalam semua aspek PdP, pentaksiran, pelibatan ibu bapa, komuniti dan kokurikulum supaya menyokong aspirasi mencapai 1/3 kedudukan teratas dalam TIMSS dan PISA menjelang 2025),
4.    Inisiatif ke 21: Peningkatan kemahiran guru dan murid dalam TIMSS dan PISA (Mencapai skor 500 dalam TIMSS menjelang 2015 dan kedudukan 1/3 teratas dalam TIMSS dan PISA menjelang 2025),5.    Inisiatif ke 24: LINUS (100% murid menguasai kemahiran asas literasi (BM & BI) dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah (Tahap I) di sekolah rendah kecuali murid berkeperluan khas.),6.    Inisiatif ke 37: Standard garis asas infrastruktur (Kesemua ~10,000 sekolah mempunyai infrastruktur asas yang berada dalam keadaan baik menjelang 2015.),7.    Inisiatif ke 54: Program Transformasi Daerah (DTP) (PPD memainkan peranan secara cekap dan berkesan dalam peningkatan kualiti pendidikan setiap sekolah dalam daerah masing-masing.),8.    Inisiatif ke 59: Enrolmen prasekolah (Meluaskan peluang Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berkualiti melalui program Prasekolah dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TASKA)),9.    Inisiatif ke 62: Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (Ibu bapa, ahli komuniti yang terdiri dari agensi awam dan NGO terlibat secara aktif, berstruktur dan meluas dalam melaksanakan agenda pendidikan dalam PPPM 2013 – 2025),10. Inisiatif ke 70: Pengukuhan fungsi teras organisasi dan pensrtukturan semula KPM (Kementerian menjalankan fungsi dengan cekap dan berkesan ke arah penyediaan pendidikan berkualiti),11. Inisiatif ke 74: Transformasi Pendidikan Vokasional (Pendidikan vokasional sebagai laluan yang menarik, yang cukup bersedia untuk memenuhi permintaan industri, terutamanya menerusi kolaboratif strategik yang kukuh bersama rakan industri yang strategik),12. Inisiatif ke 79: 1BestariNet (Menyediakan infrastruktur ICT dan platform pembelajaran maya sebagai usaha untuk meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran.),13. Inisiatif ke 84: Program peningkatan profisiensi Guru Bahasa Inggeris (Guru Bahasa Inggeris yang mengikuti program Pro-ELT akan meningkat satu band dalam CEFR dan akhirnya meningkatkan keberhasilan murid.), dan14. Inisiatif ke 87: Piagam Pemimpin Sekolah (Pemimpin sekolah berprestasi tinggi yang dapat meningkatkan prestasi sekolah, kualiti guru dan pencapaian murid).Daripada kesemua 14 Inisiatif yang telah saya sebutkan, 8 Inisiatif perlu dilaksanakan oleh JPN dan 6 (enam) lagi diperingkat Kementerian. 8 (lapan) Inisiatif tersebut adalah:1.    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) (Peneraju: SPA),
2.    Peningkatan Kemahiran guru dan murid dalam TIMSS dan PISA (Peneraju: SPA),
3.    LINUS (Peneraju: SPA),
4.    Standard Garis Asas Infrastruktur (Peneraju: SK2P)
5.    Program Transformasi Daerah (DTP) (Peneraju: Timbalan Pengarah)
6.    Enrolmen Prasekolah (Peneraju: SPS)
7.    Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (Peneraju: SPS)
8.    Program Peningkatan Profisiensi Guru Bahasa Inggeris (Peneraju: SPA)
7.         Kesemua 8 (lapan) inisiatif ini perlu disambut secara langsung oleh setiap sektor dan sekolah bagi memastikan KPInya berjaya dicapai. Harus kita ingat KPI menteri merupakan KPI kita juga kerana sekolah-sekolah, PPD dan Jabatan merupakan agensi pelaksana yang fungsinya adalah menyambut dan melaksanakan dasar yang telah ditetapkan oleh kementerian. Oleh itu KPI Menteri Pendidikan hanya akan tercapai apabila pelaksananya menjalankan apa yang telah dirancang. Sebagai agensi pelaksana, seharusnya kita memainkan peranan secara bersungguh-sungguh memastikan kelapan-lapan inisiatif tersebut berjaya mencapai KPInya.Tuan-tuan dan puan-puan,8.         Sesi persekolahan 2014 baru sahaja berakhir. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga jabatan ini dari Ketua Sektor, KPP, pegawai-pegawai dan staf serta kepada semua pengetua dan guru besar serta guru-guru kerana menyokong dan membantu saya dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan.
9.       Isu lain yang perlu kita berikan perhatian juga adalah berkaitan dengan kewangan di mana pengurusan kewangan yang baik adalah amat diperlukan pada keadaan di mana Kedah menjadi tumpuan kerana menjadi negeri rintis Program Transformasi Daerah. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan yang telah berjaya menguruskan kewangan jabatan dengan baik.
10.     Dalam isu kewangan juga saya meminta semua pihak pengurusan sama ada di Jabatan mahupun di sekolah melihat dan menguruskan dengan teliti tentang peruntukan kewangan yang diterima. Peruntukan yang kita terima harus kita belanjakan dengan cermat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan sebagaimana kehendak kerajaan. Pastikan setiap perbelanjaan yang di buat adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan seboleh-bolehnya kita gunakan peruntukan tersebut sebaik mungkin. PCG misalnya perlu dibelanjakan untuk pekembangan prestasi murid semasa. Tuan-tuan dan puan-puan perlu merancang penggunaan PCG ini daripada sekarang dan belanjakan wang tersebut untuk peningkatan prestasi. Untuk itu perlu dipastikan wang PCG ini dihabiskan sebaik sahaja berakhir tahun tersebut. Berbelanjalah dengan bijak untuk masa depan anak-anak kita.Tuan-tuan dan puan-puan,11.     Marilah kita sama-sama bertekad, berazam dan bekerjasama untuk terus melangkah kehadapan dengan penuh yakin serta sentiasa bersedia bagi menyahut cabaran untuk meningkatkan imej jabatan yang kita sayangi ini melalui kejayaan kita dalam setiap lapangan dan arena yang kita ceburi. Telah lama kita memendam rasa untuk ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan rakan-rakan kita di negeri lain, maka buktikanlah bahawa tiada kurangnya kita dalam arena pendidikan ini. Mudah-mudahan, bulan-bulan mendatang dan tahun seterusnya menjanjikan pelbagai lagi kejayaan dan kecemerlangan buat kita semua.12.     Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan atas peranan sebagai urus setia perhimpunan bulanan kita pada kali ini. Semoga pengorbanan kita pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang akan menjadi amalan terbaik buat kita semua.
Sekian, saya sudahi dengan lafaz yang mulia, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kenang-kenangan

Kenang-kenangan...




KEPEMIMPINAN PENGAJARAN



ASPEK KEPEMIMPINAN PENGAJARAN PENGETUA / GURU BESAR


Fungsi I:  Menetapkan matlamat atau target akademik sekolah

1   Menyediakan satu set matlamat keseluruhan sekolah
2   Menyediakan tanggungjawab guru supaya matlamat sekolah yang dibentuk tercapai
3   Menggunakan taksiran keperluan dalam membina matlamat sekolah
4   Menggunakan keputusan peperiksaan apabila membina matlamat akademik sekolah
5   Membina matlamat yang mudah diterjemahkan oleh guru dalam bilik darjah
6   Menetapkan matlamat sekolah berpandukan potensi murid


Fungsi II :  Menghebahkan matlamat atau target akademik sekolah

7   Menjelaskan matlamat sekolah kepada semua warga sekolah
8   Membincangkan matlamat akademik sekolah dengan guru-guru dalam mesyuarat guru
9   Sebelum membuat keputusan bersama guru-guru mengenai kurikulum, beliau terlebih
        dahulu merujuk kepada matlamat akademik sekolah
10 Memastikan matlamat akademik sekolah tersebar di seluruh sekolah dengan jelas
        (cth banner, poster, papan kenyataan)
11 Matlamat sekolah disampaikan kepada murid (cth dalam perhimpunan atau
        mana-mana perjumpaan)
12 Menjelaskan matlamat sekolah kepada ibu bapa (dalam mesyuarat agong PIBG, majlis
        bersama ibu bapa dan sebagainya)


Fungsi III :  Menyelia dan menilai pengajaran

13 Melakukan rondaan untuk memastikan proses pengajaran & pembelajaran berjalan lancar
14 Memastikan guru-guru menyediakan rekod rancangan pengajaran
15 Memastikan guru-guru di bilik darjah melaksanakan perkara-perkara yang selari dengan
        matlamat sekolah
16 Mengambil kira hasil kerja murid apabila membuat penilaian ke atas pengajaran guru
17 Menjalankan pencerapan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah secara tekal
18 Memberi maklum balas tentang kekuatan guru selepas berlangsungnya penyeliaan
        pengajaran (dalam perbincangan atau laporan bertulis)
19 Memberi maklum balas tentang kelemahan guru selepas berlangsungnya penyeliaan pengajaran
20 Menggalakkan guru-guru menggunakan pendekatan pengajaran yang berbeza terhadap
        kumpulan murid yang berlainan potensi


Fungsi IV: Menyelaras kurikulum

21 Menjelaskan siapakah yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan program kurikulum
        pada setiap peringkat (contoh:  pengetua, GPK, ketua bidang atau ketua panitia)
22 Mengambil kira keputusan peperiksaan dalaman semasa membuat sesuatu keputusan
        yang berkaitan dengan program kurikulum

23 Memantau kurikulum di bilik darjah bagi memastikan ia mencakupi objektif-objektif
        kurikulum sekolah


24 Memantau dan membanding pencapaian ujian atau peperiksaan murid untuk mengukur
        tahap pencapaian objektif kurikulum sekolah
25 Terlibat secara aktif dalam kajian semula bahan-bahan kurikulum
26 Mewujudkan jawatankuasa khas untuk mengendalikan projek kecemerlangan akademik


Fungsi V: Memantau kemajuan akademik murid

27 Membuat pemantauan terhadap hasil kerja atau latihan murid
28 Berjumpa dengan guru-guru secara peribadi bagi membincangkan perkembangan akademik murid
29 Berbincang dengan guru-guru bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kurikulum
30 Menggunakan keputusan ujian/peperiksaan bagi menilai kemajuan pencapaian matlamat sekolah
31 Memaklumkan kepada guru-guru secara bertulis keputusan prestasi akademik sekolah
32 Memaklumkan kepada murid-murid tentang keputusan peperiksaan sekolah dan
        pencapaian semasa
33 Memaklumkan kepada ibu bapa pencapaian atau keputusan peperiksaan murid

Fungsi VI: Mengintegrasi penggunaan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran

34 Menggunakan ICT (contohnya LCD dan powerpoint) dalam penyampaian kepada guru atau murid
35 Menyediakan prasarana ICT untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah
36 Menggalakkan guru-guru menggunakan ICT dalam pengajaran
37 Menggalakan guru-guru membuat inovasi pengajaran berasaskan ICT
38 Menggalakan murid-murid menggunakan komputer atau internet untuk pembelajaran
39 Menggunakan program komputer untuk analisis data pencapaian murid


Fungsi VII: Mengawasi masa pengajaran

40 Menyediakan guru ganti/relief untuk guru yang tidak hadir ke sekolah
41 Mengurangkan gangguan masa pengajaran yang disebabkan oleh pengumuman pembesar suara
42 Memastikan pelajar tidak dipanggil ke pejabat atau bilik guru semasa pengajaran berlangsung
43 Memastikan pelajar yang kerap ponteng kelas diambil tindakan setimpal
44 Menyediakan buku kawalan kelas untuk dicatat oleh guru mata pelajaran
45 Menggalakkan guru-guru mengajar menggunakan kemahiran dan konsep-konsep baru
46 Mengurangkan gangguan masa pengajaran yang disebabkan oleh aktiviti lain dan
        aktiviti kokurikulum


Fungsi VIII: Memastikan sentiasa kelihatan di sekolah

47 Meluangkan masa berbual-bual dengan guru-guru dan pelajar apabila kelapangan
48 Melawat ke kelas-kelas bagi berbincang isu-isu sekolah dengan guru dan pelajar
49 Hadir atau mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum sekolah
50 Mengawasi kelas sehingga guru sebenar atau guru ganti tiba
51 Memberi bimbingan kepada pelajar di bilik darjah
52 Memberi motivasi/dorongan/galakan kepada pelajar untuk mencapai kejayaan

Fungsi IX:  Memberi insentif kepada guru

53 Menyebut atau memuji sumbangan guru terhadap kecemerlangan di hadapan murid
        dalam perhimpunan
54 Memberi peneguhan ke atas prestasi cemerlang guru-guru dalam mesyuarat guru atau surat/sijil
55 Memberi pujian kepada guru-guru secara peribadi atas usaha atau prestasi mereka
56 Mengiktiraf prestasi cemerlang guru-guru melalui memo dan disimpan dalam fail peribadi
57 Menghargai khidmat cemerlang guru-guru dengan memberi peluang ke arah
        pengiktirafan profesional
58 Menyediakan peluang-peluang kemajuan profesion untuk guru-guru sebagai hadiah
        kerana sumbangan istimewa mereka kepada sekolah


Fungsi X: Menggalakkan perkembangan profesional

59 Memastikan latihan/kursus yang dihadiri oleh guru adalah selari dengan matlamat akademik sekolah
60 Menggalakan guru mengaplikasi kemahiran yang diperolehi daripada latihan/kursus
        ke dalam pengajaran di bilik darjah
61 Melibatkan semua guru dalam latihan/kursus yang penting
62 Mengadakan latihan dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan pengajaran
63 Mengadakan inhouse training supaya guru yang pergi berkursus dapat berkongsi
        pengetahuan dengan guru lain
64 Memperuntukkan masa dalam mesyuarat guru bagi guru-guru berkongsi idea atau maklumat
        yang diperolehi daripada latihan/kursus

Fungsi XI: Memberi insentif kepada murid

65 Mengiktiraf secara rasmi murid yang cemerlang dalam bidang akademik seperti
        menganugerahkan sijil atau surat penghargaan
66 Memuji/menyebut pencapaian akademik murid dalam perhimpunan
67 Mengiktiraf pencapaian cemerlang atau peningkatan murid dengan cara berjumpa
        pelajar berkenaan di pejabat
68 Memaklumkan kemajuan atau prestasi cemerlang murid kepada ibu bapa
69 Menggalakkan guru-guru memberi penghargaan kepada murid atas sumbangan dan
        pencapaian mereka di dalam kelas
70 Memberi hadiah kepada murid yang mencapai kecemerlangan
71 Menghebahkan tentang murid yang mencapai kecemerlangan melalui kain rentang, poster
        atau sebagainya

Fungsi XII : Melibatkan sokongan komuniti untuk pembelajaran murid

72 Bekerjasama dengan pegawai PPD/JPN untuk menjayakan program akademik sekolah
73 Mendapatkan kerjasama PIBG (contoh kewangan, kepakaran atau tenaga) untuk
        meningkatkan pencapaian murid
74 Mendapatkan kerjasama bekas pelajar lama (contoh kewangan, kepakaran atau tenaga)
        untuk membantu program kecemerlangan
75 Melibatkan guru-guru sekolah lain yang mempunyai kepakaran untuk membantu murid
        (contoh ceramah, seminar atau bengkel teknik menjawab soalan)
76 Bekerjasama dengan agensi-agensi luar (contoh IPTA, IPTS, NGO, Bank dan sebagainya)
        untuk membantu kecemerlangan murid




Jom Santai

Program Lawatan Sepanjang Tahun 2015
Januari : Arant, Thailand
Mei : Padang , Sumatera Utara
Disember : Beijing, China